Ahad, 6 Oktober 2019

Bahasa Inggeris: My Family

My Family


Activities:
๐Ÿ’ฎthis activity is an example to help them improve their reading and writing skills.


๐Ÿ’ฎsong can catch our student attention so it will learning session become more effective.

๐ŸŒธwe can use puppet and give them quiz.



๐ŸŒธask them to take picture of their family and paste on a piece of paper.

By: Khadijah binti Sua'ibunaha

DSKP - MATEMATIK TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) 





DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA FARISYAH BINTI RAZALI

Matematik : Kenal objek

1.Kenal objek ๐Ÿ˜€

 

Contoh objek yang dikelaskan mengikut warna, bentuk, dan saiz

Video di bawah merupakan cara mengajar murid-murid supaya mengenal warna, bentuk, dan saiz objek ๐Ÿ‘‡

 

  DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA FARISYAH BINTI RAZALI



Matematik : Nombor

2.Nombor

1. Kenal nombor : a) Menyebut dan membilang nombor menggunakan pembilang dan jari.
                            
                             b) Menerangkan perbezaan kosong dengan sifar, iaitu sifar bermaksud 
                                 
                                 tiada. Contohnya, sifar pemadam bererti tiada pemadam.
           
Aktiviti mengenal nombor







* Cara menjalankan aktiviti ini ialah yang pertama, guru boleh meminta murid menyebut nombor kegemaran mereka yang terpapar di hadapan bekas.

* Kemudian, mereka perlu mencari sebanyak mungkin bola yang mengandungi nombor yang sama seperti nombor pada bekas tersebut.
* Setelah berjaya menemukan bola-bola tersebut, mereka perlu melontarkannya sehingga masuk ke dalam bekas.

2. Susun nombor : a) Menerangkan kepada murid tertib menaik, iaitu susunan nombor kecil
                                   ke nombor besar.
                             
                               b) Menerangkan kepada murid tertib menurun, iaitu susunan nombor 
                                   besar ke nombor kecil.
                             
                  Video di bawah menerangkan mengenai tertib menaik dan tertib menurun.
                                                                      ⇩


                                   
3. Cari nombor : a) Melihat gambar, menyebut nombor, dan membilang objek.
                          
                           b) Merangsang murid untuk mencari nombor di sekeliling mereka dan
                               menyebut nombor tersebut. 
                       
                          c) Contohnya nombor pada jam, tanda harga, dan nombor rumah.





  DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA FARISYAH BINTI RAZALI

                         
                          
                 

Matematik : Tambah

3. Tambah




1. Kenal tambah : a) Merangsang murid untuk menggunakan objek di sekeliling mereka  
          dan                 untuk melakukan aktiviti simulasi proses menambah.
    Mari tambah                        
                             b) Video di bawah boleh dipertonton kepada murid-murid supaya dapat
                                  meningkatkan lagi kefahaman mereka mengenai proses menambah
                                  nombor.




     Proses menambah nombor ๐Ÿ’ซ

DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA FARISYAH BINTI RAZALI
 

Matematik : Tolak

4.Tolak

 


1. Kurangkan : a) Melakukan aktiviti bersama murid, iaitu aktiviti mengurangkan bilangan
                               bilangan objek yang sedia ada dan mengira baki objek yang ada.
                          
                          b) Contoh situasinya ialah : 
                               
                               - Cikgu mempunyai 5 biji gula-gula. Kemudian, 3 biji gula-gula tersebut
                                 diberikan kepada Ali. Berapakah gula-gula yang tinggal?
                               - Guru boleh melakonkan semula seperti soalan di atas dan meminta
                                 murid-murid mengira berapa gula-gula yang ada padanya.
                               - Untuk menjadikannya lebih menarik, siapa yang dapat mengira dengan
                                 betul akan mendapat gula-gula tersebut. ๐Ÿ˜‰ 

2. Bezakan : a) Membanding bezakan antara dua objek.
                     b) Contohnya : 

                             - Ahmad mempunyai 6 pemadam dan Adam mempunyai 4 pemadam.
                             - Ahmad mempunyai 2 pemadam lebih daripada Adam.
                             - Jadi perbezaan pemadam antara mereka ialah 2
                             - Ia ditulis dalam ayat matematik sebagai 6-2=4 



                                          Video mengenai operasi penolakan ๐Ÿ‘†

DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA FARISYAH BINTI RAZALI
                              
 

Matematik : Wang

5. Wang

  
1. Kenal wang syiling : a) Menerangkan kegunaan wang syiling dalam kehidupan seharian.
                                    
                                     b) Menunjukkan wang yang sebenar kepada murid-murid untuk
                                         merangsang deria sentuhan mereka.


                                            
DUIT SYILING YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA





c) Berdasarkan gambar tersebut, guru boleh menceritakan serba sedikit mengenai perbezaan duit syiling tersebut. ☺

d) Contohnya, perbezaan antara syiling 5 sen dan 10 sen ialah dari segi saiznya, iaitu   syiling 5 sen saiznya lebih kecil berbanding syiling 10 sen. Begitu juga dengan syiling 20 sen dengan syiling 50 sen walaupun warnanya sama.
                                     
e) Selain itu, corak di bahagian belakang setiap syiling juga berbeza. 

 2. Nilai wang syiling : a) Menceritakan nilai wang syiling kepada murid berdasarkan 
                                        penggunaannya.

                                     

Dengan menggunakan duit syiling 20 sen, boleh membeli 1
pemadam ๐Ÿ˜






       Duit syiling 50 sen boleh digunakan untuk membeli
       1 keropok ๐Ÿ˜‰










  
 Aktiviti untuk meningkatkan kefahaman mengenai duit syiling :

   


 1. - Mengajak murid bermain jual beli dengan membekalkan
     sejumlah duit syiling kepada mereka.
     - Dengan ini, mereka dapat mengetahui penggunaan
     duit syiling dalam kehidupan seharian.
     - Secara tidak langsung, mereka juga boleh  
     mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian 
     ketika mengikut ibu bapa mereka membeli barang.
    





 2. - Mengajar mereka supaya menabung menggunakan
       duit syiling.
     - Walaupun hanya menabung dengan 20 sen setiap hari,
        namun, lama-kelamaan duit mereka akan menjadi 
        banyak.




DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA FARISYAH BINTI RAZALI