Satu memberi penekanan kepada tiga komponen iaitu:
1. Komponen Bahasa Melayu
Komponen ini merangkumi kemahiran:
- Mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber.
- Bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusila.
- Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai mengikut perkembangan dan kebolehan murid.
- Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul
- Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, permainan dan penulisan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan.
2. Komponen Bahasa Inggeris
Komponen ini merangkumi kemahiran:
- Mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah.
- Bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi.
- Membaca dan memahami mesej yang ringkas.
- Menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah.
- Menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian.
3. Komponen Matematik
Komponen ini merangkumi kemahiran:
- Mengetahui dan memahami konsep nombor;
- Menguasai dan mengaplikasi kemahiran tambah dan tolak.
- Mengenali bentuk-bentuk asas dan ciri-cirinya yang terdapat di alam sekeliling.
- Menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan