Isnin, 7 Oktober 2019

Objektif


Dalam mempelajari KSSR Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) Asas 3M Tahun Satu penekanan diberi agar murid
berupaya;

Komponen Bahasa Melayu

  1. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul.
  2.  Mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
  3. Mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul.
  4. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi dengan betul secara bertatasusila.
  5. Bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar, dibaca dan ditonton menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  6. Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
  7. Menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
  8. Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  9. Membaca dan memahami perkataan, frasa serta ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  10. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
  11. Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca.
  12. Melakukan aktiviti pramenulis dengan betul.
  13. Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas.
  14. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
  15.  Menghasilkan penulisan kreatif dengan betul.
  16.  Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan,pembacaan dan penulisan.
  17. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

Komponen Bahasa Inggeris

  1. Mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah.
  2. Bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi.
  3. Membaca dan memahami mesej yang ringkas.
  4. Menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah.
  5.  Menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian.
Komponen Matematik

  1.  Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
  2. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, proses dan nilai dalam matematik secara langsung.
  3. Menggunakan simbol dan istilah dalam matematik dengan betul.
  4. Menggunakan pelbagai peralatan matematik untuk membina kefahaman, konsep dan mengaplikasi ilmu matematik dalam kehidupan seharian.
  5. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan