Ahad, 6 Oktober 2019

Matematik : Wang

5. Wang

  
1. Kenal wang syiling : a) Menerangkan kegunaan wang syiling dalam kehidupan seharian.
                                    
                                     b) Menunjukkan wang yang sebenar kepada murid-murid untuk
                                         merangsang deria sentuhan mereka.


                                            
DUIT SYILING YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA





c) Berdasarkan gambar tersebut, guru boleh menceritakan serba sedikit mengenai perbezaan duit syiling tersebut.

d) Contohnya, perbezaan antara syiling 5 sen dan 10 sen ialah dari segi saiznya, iaitu   syiling 5 sen saiznya lebih kecil berbanding syiling 10 sen. Begitu juga dengan syiling 20 sen dengan syiling 50 sen walaupun warnanya sama.
                                     
e) Selain itu, corak di bahagian belakang setiap syiling juga berbeza. 

 2. Nilai wang syiling : a) Menceritakan nilai wang syiling kepada murid berdasarkan 
                                        penggunaannya.

                                     

Dengan menggunakan duit syiling 20 sen, boleh membeli 1
pemadam 😁






       Duit syiling 50 sen boleh digunakan untuk membeli
       1 keropok 😉










  
 Aktiviti untuk meningkatkan kefahaman mengenai duit syiling :

   


 1. - Mengajak murid bermain jual beli dengan membekalkan
     sejumlah duit syiling kepada mereka.
     - Dengan ini, mereka dapat mengetahui penggunaan
     duit syiling dalam kehidupan seharian.
     - Secara tidak langsung, mereka juga boleh  
     mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian 
     ketika mengikut ibu bapa mereka membeli barang.
    





 2. - Mengajar mereka supaya menabung menggunakan
       duit syiling.
     - Walaupun hanya menabung dengan 20 sen setiap hari,
        namun, lama-kelamaan duit mereka akan menjadi 
        banyak.




DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA FARISYAH BINTI RAZALI









Tiada ulasan:

Catat Ulasan