PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
ASAS 3M
Menulis
Mengira
Membaca
Pendidikan Khas dapat didefinisikan sebagai pendidikan untuk kanak-kanak bekeperluan khas. Di sekolah-sekolah khas atau sekolah yang menyediakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program inklusif samada di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan lepas menengah.
Kanak-kanak Masalah Pembelajaran pula di takrifkan sebagai kanak-kanak yang tidak mencapai tahap dalam pelajaran seperti kanak-kanak lain pada umur yang sama dan mengalami masalah dalam bidang komunikasi, membaca, menulis, mengeja, mengira, kemahiran sosial dan kematangan emosi.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Asas 3M bermatlamat untuk menyediakan murid pendidikan khas dengan ilmu pengetahuan dan asas kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel. Ini bersesuaian dengan murid pendidikan khas yang terdiri daripada pelbagai tahap keupayaan.
Halaman
Arkib Blog
-
▼
19
(22)
-
▼
Oktober 2019
(22)
- Matematik : Wang
- Matematik : Tolak
- Matematik : Tambah
- Matematik : Nombor
- Matematik : Kenal objek
- DSKP - MATEMATIK TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN
- Bahasa Inggeris: My Family
- Bahasa Inggeris: My Pet
- Bahasa Inggeris: Numbers
- Bahasa Inggeris: Days Of The Weeks
- Bahasa Inggeris: My Face
- Bahasa Inggeris: Say Hello
- DSKP for English year 1(Learning Disabilities)
- Bahasa Melayu : Kemahiran berkomunikasi
- Bahasa Melayu : Kemahiran menulis
- Bahasa Melayu : Kemahiran membaca
- Bahasa Melayu : Kemahiran bertutur
- Bahasa Melayu : Kemahiran mendengar
- Organisasi kandungan
- Fokus
- Objektif
- PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN ASAS 3M Me...
-
▼
Oktober 2019
(22)
Isnin, 7 Oktober 2019
Objektif
Dalam mempelajari KSSR Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) Asas 3M Tahun Satu penekanan diberi agar murid
berupaya;
Komponen Bahasa Melayu
- Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul.
- Mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
- Mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul.
- Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi dengan betul secara bertatasusila.
- Bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar, dibaca dan ditonton menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
- Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
- Menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
- Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul.
- Membaca dan memahami perkataan, frasa serta ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
- Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
- Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca.
- Melakukan aktiviti pramenulis dengan betul.
- Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas.
- Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
- Menghasilkan penulisan kreatif dengan betul.
- Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan,pembacaan dan penulisan.
- Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.
Komponen Bahasa Inggeris
- Mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah.
- Bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi.
- Membaca dan memahami mesej yang ringkas.
- Menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah.
- Menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian.
Komponen Matematik
- Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
- Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, proses dan nilai dalam matematik secara langsung.
- Menggunakan simbol dan istilah dalam matematik dengan betul.
- Menggunakan pelbagai peralatan matematik untuk membina kefahaman, konsep dan mengaplikasi ilmu matematik dalam kehidupan seharian.
- Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
Fokus
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Asas 3M Tahun
Satu memberi penekanan kepada tiga komponen iaitu:
1. Komponen Bahasa Melayu
Komponen ini merangkumi kemahiran:
Satu memberi penekanan kepada tiga komponen iaitu:
1. Komponen Bahasa Melayu
Komponen ini merangkumi kemahiran:
- Mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber.
- Bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusila.
- Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai mengikut perkembangan dan kebolehan murid.
- Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul
- Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, permainan dan penulisan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan.
2. Komponen Bahasa Inggeris
Komponen ini merangkumi kemahiran:
- Mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah.
- Bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi.
- Membaca dan memahami mesej yang ringkas.
- Menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah.
- Menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian.
3. Komponen Matematik
Komponen ini merangkumi kemahiran:
- Mengetahui dan memahami konsep nombor;
- Menguasai dan mengaplikasi kemahiran tambah dan tolak.
- Mengenali bentuk-bentuk asas dan ciri-cirinya yang terdapat di alam sekeliling.
- Menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian.
Organisasi kandungan
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Asas 3M Tahun Satu diorganisasi mengikut tiga komponen iaitu:
Komponen ini mengandungi kemahiran berikut:
(i) Kemahiran Mendengar
(ii) Kemahiran Bertutur
(iii) Kemahiran Membaca
(iv) Kemahiran Menulis
(v) Kemahiran Berkomunikasi
Komponen ini mengandungi kemahiran berikut:
(i) Listening and Speaking
(ii) Reading
(iii) Writing
Komponen ini mengandungi kemahiran berikut:
(i) Konsep Nombor
(ii) Nombor Bulat
(iii) Operasi Tambah
(iv) Operasi Tolak
(v) Wang
(vi) Masa dan Waktu
- Komponen Bahasa Melayu
Komponen ini mengandungi kemahiran berikut:
(i) Kemahiran Mendengar
(ii) Kemahiran Bertutur
(iii) Kemahiran Membaca
(iv) Kemahiran Menulis
(v) Kemahiran Berkomunikasi
- Komponen Bahasa Inggeris
Komponen ini mengandungi kemahiran berikut:
(i) Listening and Speaking
(ii) Reading
(iii) Writing
- Komponen Matematik
Komponen ini mengandungi kemahiran berikut:
(i) Konsep Nombor
(ii) Nombor Bulat
(iii) Operasi Tambah
(iv) Operasi Tolak
(v) Wang
(vi) Masa dan Waktu
Peruntukan waktu
Waktu p&p KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Asas
3M Tahun Satu adalah 360 minit seminggu selama 36 minggu
setahun. Ini membawa kepada sejumlah 216 jam waktu p&p
setahun
Bahasa Melayu : Kemahiran mendengar
1.0 Kemahiran Mendengar
Dalam kemahiran mendengar, murid seharusnya berupaya dalam mendengar, mngajuk dan mengecam pelbagai bunyi serta membezakannya. Murid juga seharusnya pernah mendengar ucapan bertatatusila seperti "Selamat pagi cikgu!".
- Mengajuk bunyi yang didengar secara berpandu.
- Mengajuk bunyi yang didengar
- Mengajuk, mengecam dan menunjukkan arah bunyi yang didengar
- Membanding beza bunyi yang didengar dengan betul.
- Membanding beza bunyi yang didengar dengan betul dan yakin
- Membimbing rakan menghubungkaitkan bunyi yang didengar dengan betul dan yakin.
Bahasa Melayu : Kemahiran bertutur
Dalam kemahiran bertutur, pelajar sepatutnya mengenal alat pertuturan, menggunakan alat pertuturan dalam pelbagai aktiviti, menamakan pelbagai bunyi serta melafaz ucapan tatatusila.
Selain itu, murid seharusnya dapat mendengar dan bertutur. Antara aktiviti yang dapat dilakukan adalah mengucapkan ucapan "Terima kasih,cikgu!"
menamakan perlakuan manusia. |
menamakan mimik muka. |
- Menamakan alat-alat pertuturan secara berpandu.
- Menamakan alat-alat pertuturan.
- Mengenal pasti alat pertuturan dan melakukan aktiviti pertuturan dengan betul.
- Menggunakan alat pertuturan dalam pelbagai aktiviti pertuturan dengan betul dan yakin.
- Menghubungkaitkan alat pertuturan dengan aktiviti secara tertib.
- Menghubungkaitkan alat pertuturan dengan aktiviti secara tertib dan boleh dicontohi.
Bahasa Melayu : Kemahiran membaca
Kemahiran Membaca
Dalam kemahiran membaca, murid sepatutnya:
1.Mengecam objek secara rawak
2.Mengecam persamaan dan perbezaan objek
3.Mengecam dan menamakan objek di persekitaran
murid.
4.Membanding beza objek di persekitaran murid
5.Mengelaskan objek dengan yakin dan tekal
6.Mengelaskan objek dengan yakin, tekal dan boleh dicontohi.
Oleh : Nur Diana Liyana binti Khairi
- mengecam persamaan dan perbezaan objek.
- menamakan objek di dalam dan luar kelasmengenal abjad
Bahasa Melayu : Kemahiran menulis
Kemahiran Menulis
Dalam kemahiran menulis, murid sepatutnya berupaya menggerakkan pergelangan tangan dan jari-jari secara bebas. Selain itu, menulis dalam keadaan yang terkawal dan keadaan yang sesuai. Akhir sekali, murid akan diajar menulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul.
1.Melakukan aktiviti gerakan tangan, pergelangan tangan dan jari-jari.
2.Menghasilkan lakaran secara bebas (contengan) dan terkawal (sambung titik/mazing).
3.Menulis menggunakan alatan dengan kedudukan (postur badan) yang sesuai.
4.Menulis menggunakan alatan dengan kedudukan (postur badan) yang betul.
5.Menulis menggunakan alatan dengan kedudukan yang sesuai secara yakin dan tekal.
6.Menulis menggunakan alatan dengan kedudukan yang sesuai secara yakin, tekal dan boleh dicontohi.
Oleh : Nur Diana Liyana binti Khairi
Dalam kemahiran menulis, murid sepatutnya berupaya menggerakkan pergelangan tangan dan jari-jari secara bebas. Selain itu, menulis dalam keadaan yang terkawal dan keadaan yang sesuai. Akhir sekali, murid akan diajar menulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul.
1.Melakukan aktiviti gerakan tangan, pergelangan tangan dan jari-jari.
2.Menghasilkan lakaran secara bebas (contengan) dan terkawal (sambung titik/mazing).
3.Menulis menggunakan alatan dengan kedudukan (postur badan) yang sesuai.
4.Menulis menggunakan alatan dengan kedudukan (postur badan) yang betul.
5.Menulis menggunakan alatan dengan kedudukan yang sesuai secara yakin dan tekal.
6.Menulis menggunakan alatan dengan kedudukan yang sesuai secara yakin, tekal dan boleh dicontohi.
Oleh : Nur Diana Liyana binti Khairi
Bahasa Melayu : Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran Berkomunikasi
Dalam kemahiran ini, murid akan bersoal jawab tentang nama, umur, jantina, tempat tinggal dan hobi.
1. Memberi respons mengenai diri sendiri secara berpandu.
2. Memberi respons mengenai diri sendiri
3. Memerihalkan mengenai diri sendiri
4. Berbual mengenai diri sendiri dengan yakin
5. Berbual mengenai diri sendiri dengan yakin, tekal dan beradab
6. Bercerita mengenai diri sendiri dengan yakin,
kreatif dan boleh dicontohi.
Oleh : Nur Diana Liyana binti Khairi
Dalam kemahiran ini, murid akan bersoal jawab tentang nama, umur, jantina, tempat tinggal dan hobi.
2. Memberi respons mengenai diri sendiri
3. Memerihalkan mengenai diri sendiri
4. Berbual mengenai diri sendiri dengan yakin
5. Berbual mengenai diri sendiri dengan yakin, tekal dan beradab
6. Bercerita mengenai diri sendiri dengan yakin,
kreatif dan boleh dicontohi.
Oleh : Nur Diana Liyana binti Khairi
Ahad, 6 Oktober 2019
Bahasa Inggeris: Say Hello
Say Hello
Good morning
Good night
Hello
Sorry
Good bye
Thank you
Activity:
An example to improve their writing skill.
Activity:
we can sing a song together. So, our students can improve their listening and speaking.๐
By: Khadijah binti Sua'ibunaha
Say Hello
Good night
Good bye
Bahasa Inggeris: Days Of The Weeks
Days Of The Week
๐ธActivities:
๐ธFind the days and arrange it in order.
By: Khadijah binti Sua'ibunaha
Bahasa Inggeris: Numbers
Numbers
One
Two
Three
Four
Five
Six
Seven
Eight
Nine
Ten
Activities:
๐ธSing a song about number.
๐ธby using this exercise it can help our student observing skills.By: Khadijah binti Sua'ibunaha
Bahasa Inggeris: My Pet
My Pet
Cat
Rabbit
Dog
Bird
Fish
Hamster
Duck
๐ฎBy sing a song can help them pronounce the word correctly.
Activity:
๐ธQuiz which is the truth and false.
๐ธRead and match according the animal given.
๐ธFill in the blank to complete the word.
๐ฎThese activities can help them to read and improve their cognitive skills and writing skills too.
By: Khadijah binti Sua'ibunaha
Langgan:
Catatan (Atom)