Isnin, 7 Oktober 2019

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
ASAS 3M
 Menulis

                        Mengira






 Membaca











Pendidikan Khas dapat didefinisikan sebagai pendidikan untuk kanak-kanak bekeperluan khas. Di sekolah-sekolah khas atau sekolah yang menyediakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program inklusif samada di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan lepas menengah.
Kanak-kanak Masalah Pembelajaran pula di takrifkan sebagai kanak-kanak yang tidak mencapai tahap dalam pelajaran seperti kanak-kanak lain pada umur yang sama dan mengalami masalah dalam bidang komunikasi, membaca, menulis, mengeja, mengira, kemahiran sosial dan kematangan emosi.



Sumber rujukan


Amiludin, N. b. (2016). Buku aktiviti asas 3M bahasa Melayu tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar bin Md Sabil, K. b. (2012). Buku aktiviti asas 3M bahasa Malaysia tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Shahidah Sheikh Md Fadzillah & Yuhana Anom Md. Yunos. (2016). English (learning for disabilities) activity book year 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yusof, A. (2007). Pengenalan pendidikan kanak-kanak masalah pembelajaran. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Yusof, A. (2007). Pengenalan pendidikan khas. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Zakaria, R. H. (2012). Buku teks asas 3M matematik tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.












Objektif


Dalam mempelajari KSSR Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) Asas 3M Tahun Satu penekanan diberi agar murid
berupaya;

Komponen Bahasa Melayu

  1. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul.
  2.  Mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
  3. Mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul.
  4. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi dengan betul secara bertatasusila.
  5. Bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar, dibaca dan ditonton menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  6. Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
  7. Menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
  8. Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  9. Membaca dan memahami perkataan, frasa serta ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  10. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
  11. Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca.
  12. Melakukan aktiviti pramenulis dengan betul.
  13. Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas.
  14. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
  15.  Menghasilkan penulisan kreatif dengan betul.
  16.  Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan,pembacaan dan penulisan.
  17. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

Komponen Bahasa Inggeris

  1. Mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah.
  2. Bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi.
  3. Membaca dan memahami mesej yang ringkas.
  4. Menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah.
  5.  Menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian.
Komponen Matematik

  1.  Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
  2. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, proses dan nilai dalam matematik secara langsung.
  3. Menggunakan simbol dan istilah dalam matematik dengan betul.
  4. Menggunakan pelbagai peralatan matematik untuk membina kefahaman, konsep dan mengaplikasi ilmu matematik dalam kehidupan seharian.
  5. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.


Fokus

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Asas 3M Tahun
Satu memberi penekanan kepada tiga komponen iaitu:

1. Komponen Bahasa Melayu
Komponen ini merangkumi kemahiran:

  •  Mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber.
  • Bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusila.
  •  Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai mengikut perkembangan dan kebolehan murid.
  • Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul
  •  Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, permainan dan penulisan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan.

2. Komponen Bahasa Inggeris
Komponen ini merangkumi kemahiran:

  • Mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah.
  • Bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi.
  • Membaca dan memahami mesej yang ringkas.
  •  Menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah.
  •  Menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian.
3. Komponen Matematik
Komponen ini merangkumi kemahiran:

  • Mengetahui dan memahami konsep nombor;
  • Menguasai dan mengaplikasi kemahiran tambah dan tolak.
  • Mengenali bentuk-bentuk asas dan ciri-cirinya yang terdapat di alam sekeliling.
  • Menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian.

Organisasi kandungan

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Asas 3M Tahun Satu diorganisasi mengikut tiga komponen iaitu:


  • Komponen Bahasa Melayu

Komponen ini mengandungi kemahiran berikut:
(i) Kemahiran Mendengar
(ii) Kemahiran Bertutur
(iii) Kemahiran Membaca
(iv) Kemahiran Menulis
(v) Kemahiran Berkomunikasi

  •  Komponen Bahasa Inggeris

Komponen ini mengandungi kemahiran berikut:
(i) Listening and Speaking
(ii) Reading
(iii) Writing


  •  Komponen Matematik

Komponen ini mengandungi kemahiran berikut:
(i) Konsep Nombor
(ii) Nombor Bulat
(iii) Operasi Tambah
(iv) Operasi Tolak
(v) Wang
(vi) Masa dan Waktu


Peruntukan waktu

Waktu p&p KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Asas
3M Tahun Satu adalah 360 minit seminggu selama 36 minggu
setahun. Ini membawa kepada sejumlah 216 jam waktu p&p
setahun



Bahasa Melayu : Kemahiran mendengar



1.0 Kemahiran Mendengar


  


Dalam kemahiran mendengar, murid seharusnya berupaya dalam mendengar, mngajuk dan mengecam pelbagai bunyi serta membezakannya. Murid juga seharusnya pernah mendengar ucapan bertatatusila seperti "Selamat pagi cikgu!".










  1. Mengajuk bunyi yang didengar secara berpandu.
  2.  Mengajuk bunyi yang didengar
  3. Mengajuk, mengecam dan menunjukkan arah bunyi yang didengar
  4. Membanding beza bunyi yang didengar dengan betul.
  5. Membanding beza bunyi yang didengar dengan betul dan yakin
  6. Membimbing rakan menghubungkaitkan bunyi yang didengar dengan betul dan yakin.

Oleh : Nur Diana Liyana binti Khairi

Bahasa Melayu : Kemahiran bertutur


Kemahiran Bertutur

Dalam kemahiran bertutur, pelajar sepatutnya mengenal alat pertuturan, menggunakan alat pertuturan dalam pelbagai aktiviti, menamakan pelbagai bunyi serta melafaz ucapan tatatusila.
Selain itu, murid seharusnya dapat mendengar dan bertutur. Antara aktiviti yang dapat dilakukan adalah mengucapkan ucapan "Terima kasih,cikgu!"
Image result for kanak-kanak gembira bermain
menamakan perlakuan manusia.
Image result for lukisan muka gembira
menamakan mimik muka.

  1. Menamakan alat-alat pertuturan secara berpandu.
  2. Menamakan alat-alat pertuturan.
  3. Mengenal pasti alat pertuturan dan melakukan aktiviti pertuturan dengan betul.
  4. Menggunakan alat pertuturan dalam pelbagai aktiviti pertuturan dengan betul dan yakin.
  5. Menghubungkaitkan alat pertuturan dengan aktiviti secara tertib.
  6. Menghubungkaitkan alat pertuturan dengan aktiviti secara tertib dan boleh dicontohi.



Bahasa Melayu : Kemahiran membaca



Kemahiran Membaca
Dalam kemahiran membaca, murid sepatutnya:





Image result for huruf vokalRelated imagekanak-kanak comel percutian gembira bermain unsur-unsur ilustrasi

1.Mengecam objek secara rawak
2.Mengecam persamaan dan perbezaan objek
3.Mengecam dan menamakan objek di persekitaran
murid.
4.Membanding beza objek di persekitaran murid
5.Mengelaskan objek dengan yakin dan tekal
6.Mengelaskan objek dengan yakin, tekal dan boleh dicontohi.


Oleh : Nur Diana Liyana binti Khairi




  • mengecam persamaan dan perbezaan objek.
  • menamakan objek di dalam dan luar kelasmengenal abjad